Friday, October 11, 2013

hotel besar binaan narzi yg tdk didiami





Hotel yang terletak sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman. Hotel ini merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh Nazi. Hotel ini mempunyai 10,000 bilik yang dapat memuatkan 20,000 penghuni dalam satu-satu masa. Namun, setelah 70 tahun pembinaannya, hotel ini masih lagi tidak pernah digunakan. Hotel yang dikenali dengan nama Hotel Prora ini dibina pada 1936 dan siap pada 1939 yang menggunakan lebih 9000 orang tenaga kerja. 

Rancangan asal pihak Nazi ialah untuk membina hotel bagi pekerja Jerman untuk menyebarkan Propaganda Nazi. Pihak Nazi ingin membina 4 resort di kawasan hotel ini yang dilengkapi dengan panggung wayang, kolam renang, dewan serbaguna dan jeti untuk kapal persiaran berlabuh.

Namun rancangan pihak Nazi gagal apabila perang bermula. Pembinaan resort terbengkalai akibat perubahan dasar yang dilakukan oleh Hitler yang memindahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemünde untuk membina V-Weapon untuk berperang dengan pihak Allied.
Hotel Balancing Barn ini terletak berhampiran bandar bersejarah Walberswick dan Aldeburgh diEngland. Hotel sepanjang 30 meter ini unik kerana terletak di tebing dan kelihatan seperti dalam keadaan seimbang. Bahagian yg tergantung turut mempunyai buaian dibawahnya. Hotel ini boleh memuatkan 8 org dan direka oleh syarikat dari Holland, MVRDV.





bangunan mesra alam di putra jaya

Tahukah anda di Putrajaya terdapat sebuah bangunan mesra alam yang menerima pengiktarafan sebagai bangunan paling mesra alam di ASEAN? Pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang diberi nama Bangunan Berlianmenerima anugerah tertinggi platinum kerana menggunakan teknologi hijau yang mesra alam. Ianya direka oleh firma arkitek NR Architech dan siap dibina pada tahun2009. Sebanyak 10 peratus keperluan tenaga pejabat ini dihasilkan menggunakan panel solar yang terletak pada bahagian bumbung. 

Sebanyak 80 peratus keperluan air pula diperolehi dengan mengumpul air hujan. Pada bahagian lobi bangunan pula terdapat taman hijau yang membekalkan oksigen. Selain daripada itu atrium pada bahagian tengah bangunan memberikan pencahayaan semula jadi kedalam ruang pejabat. Penggunaan tenaga elektrik untuk lampu dan penyejukan dapat dijimatkan. wow......





pertama kali menjadi blogger

hai kpd pembaca sekalian...ini adalah kali pertama saya menjadi blogger dan saya agak tidak berpengalaman dlm menulis blog dan sebagainya..tapi saya akn cuba yang terbaik untuk pembaca sekalian