Friday, October 11, 2013

bangunan mesra alam di putra jaya

Tahukah anda di Putrajaya terdapat sebuah bangunan mesra alam yang menerima pengiktarafan sebagai bangunan paling mesra alam di ASEAN? Pejabat Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang diberi nama Bangunan Berlianmenerima anugerah tertinggi platinum kerana menggunakan teknologi hijau yang mesra alam. Ianya direka oleh firma arkitek NR Architech dan siap dibina pada tahun2009. Sebanyak 10 peratus keperluan tenaga pejabat ini dihasilkan menggunakan panel solar yang terletak pada bahagian bumbung. 

Sebanyak 80 peratus keperluan air pula diperolehi dengan mengumpul air hujan. Pada bahagian lobi bangunan pula terdapat taman hijau yang membekalkan oksigen. Selain daripada itu atrium pada bahagian tengah bangunan memberikan pencahayaan semula jadi kedalam ruang pejabat. Penggunaan tenaga elektrik untuk lampu dan penyejukan dapat dijimatkan. wow......





No comments:

Post a Comment